KELAS MATEMATIK ONLINE
TAHUN 3 SEHINGGA TINGKATAN 5
Bantu anak anda KUASAI MATEMATIK dan elakkan anak KETINGGALAN tanpa perlu anda MENGAJAR SENDIRI
Bina daya ingatan dan keyakinan anak anda terhadap matematik dengan menggunakan pendekatan yang betul
Syoknya Study ialah...
Kelas matematik online yang membantu ibubapa yang risau anak mereka ketinggalan dalam pelajaran untuk mendapat pencapaian matematik yang lebih baik.
Tidak seperti kelas matematik online yang lain, Syoknya Study memberi plan pembelajaran matematik yang lengkap selain kelas mingguan.
PARA IBU BAPA SEKALIAN...
Nak anak kuasai matematik tapi anda hadapi situasi ini?
Tak ada kelas matematik yang sesuai dan berkesan untuk anak
Tak sempat nak hantar anak ke pusat tuisyen sebab sibuk dan jalan jem
Tak tau macam mana nak ajar anak sebab tak jelas dengan silibus terkini
Rasa kurang sabar dengan kerenah anak semasa nak ajar anak
pengalaman bermakna untuk anak anda
Apa yang anak anda akan rasai apabila menyertai kelas ini?
01
Plan pembelajaran matematik yang terancang dan lengkap
Anak anda tak hanya belajar di kelas mingguan malah ada program serta latihan intensif khas yang membuatkan pemahamannya pada matematik akan jadi semakin menyeluruh dan soalan-soalan susah akan jadi semakin senang untuk anak fahami. Syoknya Study menjadikan proses menjawab soalan sesusah mana pun menjadi semakin mudah!
02
Sistem pengurusan kelas yang kemas dan tersusun
Kelas Matematik Online Syoknya Study ada sistem pengurusan kelas yang tersusun supaya ibubapa takkan ketinggalan apa-apa info penting berkenaan kelas. Anak anda dapat sertai setiap kelas dengan lancar dan seterusnya penguasaan anak dalam matematik akan semakin baik. Tingkatkan minat dan keyakinan anak dengan Kelas Matematik Online Syoknya Study.
03
Boleh tanya soalan di luar kelas semasa menonton kelas rakaman
Kelas Matematik Online Syoknya Study memberi ruang untuk anak anda bertanya soalan di luar kelas semasa menonton kelas rakaman agar boleh mengulangkaji dengan berkesan pada bila-bila masa. Jadi, anak tak ketinggalan dan motivasi dirinya akan menjadi semakin tinggi. Kelas Matematik Online Syoknya Study membawa ceria dan gembira untuk anak anda!
04
Ada ujian dan homework yang disediakan bagi setiap sesi kelas
Ada ujian dan homework bagi setiap kelas yang membolehkan anak anda faham dengan lebih baik topik untuk kelas hari tu. Ini memudahkan anak untuk fahami topik seterusnya. Kelas Matematik Online Syoknya Study memberikan rasa senang dalam diri anak anda untuk menjawab soalan ujian serta latihan di sekolah supaya anak dapat pencapaian matematik yang hebat!
Gabungan semua ini menjadikan kelas ini sangat efektif untuk anak anda!
Shah Alam, Selangor
Kota Bharu, Kelantan
Rencana pembelajaran, latihan intensif tambahan, program intensif
Rancana pembelajaran, latihan intensif dan program intensif ini ialah perkara yang dijalankan di luar waktu kelas mingguan tanpa sebarang cas tambahan. Semua pelajar aktif Syoknya Study dapat keistimewaan ini.
Akses portal
Setiap langganan kelas bulanan, ibubapa akan menerima akses portal. Akses portal ini tiada cas tambahan dan memudahkan ibubapa memantau anak mereka di kelas ini. Akses portal ini berbentuk aplikasi di telefon bimbit.
Apa Yang Terkandung Di Dalam Kelas Ini?
Sesi kelas 2jam, 1 sesi seminggu
Durasi kelas bukan 1 jam, bukan 1 jam 30 minit tetapi 2 jam. Matemarik sememangnya memerlukan latihan intensif. Risau anak tak dapat fokus lama? Kami ada kaedah yang digunakan untuk mengekalkan fokus anak anda. Ramai pelajar-pelajar kami dapat kekalkan fokus dan seterusnya bertambah cemerlang dalam matematik.
Laporan kelas
Bersama akses portal yang diberikan. Ibubapa akan menerima laporan kelas bagi setiap kelas yang berjalan. Dengan ini, ibubapa tak perlu tertanya-tanya apa yang anak dah belajar di kelas ini. Lebih mudah nak pantau tahap pencapaian anak.
Suasana Kelas Matematik Online Syoknya Study
KEMAMPUAN KAMI
Apa yang membuatkan kami mampu membantu anak anda?
Pengalaman pendidik
Pembina brand Syoknya Study sendiri merupakan seorang pendidik sebelum ini. Ini menjadikan mereka amat memahami apa yang diperlukan oleh pelajar dan ibubapa.
Pengalaman lebih 3 tahun
Kami berpengalaman lebih 3 tahun dalam mengendalikan kelas matematik secara online. Ini membuatkan kami telah pun mencuba pelbagai kaedah sebelum ini.
Tutor yang terpilih
Tutor yang tepat diperlukan bagi membimbing pelajar-pelajar Syoknya Study dengan baik. Pemilihan tutor dijalankan dengan kaedah yang terbukti
Team yang lengkap
Sistem yang tersusun bukan saja memudahkan urusan berkaitan pembelajaran, malah membantu pelajar.
Alhamdulillah nampak peningkatan. Sebelum ni anak tak boleh menyelesaikan masalah matematik yang dalam bentuk ayat, tapi sekarang anak saya dah boleh faham cara untuk selesaikan. Satu lagi saya dah nampak anak saya lebih suka & yakin untuk subjek Matematik. Terima kasih.
Muar, Johor
Semak jadual kelas untuk anak anda
Langkah demi langkah cara menyertai kelas ini
Langkah 1
Semak jadual kelas dan kenalpasti kelas pilihan anda.
Langkah 2
Buat pembayaran yuran bulanan mengikut kelas pilihan.
Langkah 3
Isi maklumat pendaftaran pelajar selengkapnya.
Langkah 4
Tunggu admin hubungi untuk mengesahkan pendaftaran anda.
Lagi maklumbalas
ibubapa yang kami terima
Saya kerap kali dengar anak bagitau semasa sedang join kelas yang cara cikgu mengajar lebih mudah.
Puan Suharni Mohd Zain
Kota Bharu, Kelantan
Harga ok tiada masalah. Anak pun ada peningkatan pemahaman. Markah pun semakin baik.
Puan Norliza Mohd Musa
Kulai, Johor
Perkembangan positif. Result exam anak dapat B berbanding sebelumnya. InsyaAllah soon will get better.
Puan Nor Haida Abdul Manaf
Pekan, Pahang
Berapa yuran bagi kelas ini?
RM80/ Bulan
Tahun 3, 4, 5, 6
- Yuran pendaftaran RM50
- Kelas satu sesi seminggu
- Setiap sesi 2 jam kelas
RM90/ Bulan
Tingkatan 1, 2, 3
- Yuran pendaftaran RM50
- Kelas satu sesi seminggu
- Setiap sesi 2 jam kelas
RM100/ Bulan
Tingkatan 4, 5
- Yuran pendaftaran RM50
- Kelas satu sesi seminggu
- Setiap sesi 2 jam kelas
Jika anak anda mula menyertai kelas di tengah bulan, kiraan yuran tetap sama. Kelas rakaman dan homework dari kelas yang dah terlepas untuk bulan itu akan diberikan. Pelajar dinasihatkan untuk menonton kelas rakaman ini dan melakukan homework yang diberikan. Pelajar tetap boleh bertanya soalan apabila menonton kelas rakaman tersebut. Caranya akan dikongsi selepas anak anda menyertai kami!
Seremban, Neg Sembilan
Batu Pahat, Johor
Apa kata ibubapa LAGI?
Lagi antara maklumbalas
ibubapa yang kami terima
Ada perkara yang anda nak tanya?
Frequently Ask Questions
Kelas ini dijalankan secara online menggunakan platform Zoom. Anak anda akan belajar dengan kelas yang berimpak tinggi ini dalam suasana keselesaan di rumah sendiri.
Yuran bagi kelas ini bermula dengan RM80 untuk sekolah rendah. Semak yuran bagi peringkat Tingkatan di atas.
Jika masuk di tengah bulan, kiraan yuran tetap sama. Kelas rakaman dan homework dari kelas yang dah terlepas untuk bulan itu akan diberikan. Pelajar dinasihatkan untuk menonton kelas rakaman ini dan melakukan homework yang diberikan. Pelajar tetap boleh bertanya soalan apabila menonton kelas rakaman tersebut. Caranya akan dikongsi selepas anak anda menyertai kami!
Kelas ni bukan sekadar kelas sahaja. Kami telah pun membuat plan pembelajaran untuk anak Tuan/Puan merangkumi aktiviti selain kelas. Inilah juga salah satu sebab kenapa ibubapa pelajar Syoknya Study sangat sukakan kelas ini untuk anak mereka. Nak tau lebih lanjut? Klik sini.
Kelas ni untuk anak-anak yang berumur 9 tahun sehingga 17 tahun. Iaitu dari Tahun 3 sehingga Tingkatan 5.
Sangat sesuai. Kami telah merangka dan membina pelan kelas ini bagi membantu pelajar lemah untuk semakin menguasai matematik. Manakala pelajar yang sudah sedia mahir dalam matematik akan bertambah mahir.
Ya pastinya boleh. Ramai para pelajar kami juga menggunakan handphone semasa menyertai kelas. Jadi kelas boleh dihadiri dari mana-mana tempat pun asalkan ada jaringan internet yang baik.
Jangan bimbang. Video rakaman kelas akan diberikan bagi setiap kelas. Jika ada soalan semasa menonton rakaman kelas, ada cara yang kami sediakan untuk bertanya soalan. Semuanya demi pelajar agar tak ketinggalan dalam pembelajaran walaupun tidak dapat hadiri kelas.
Ya ada. Subjek matematik amat memerlukan latihan bagi meningkatkan pemahaman dalam semua topik. Homework akan diberikan bagi setiap melalui portal pelajar. Tiada caj tambahan untuk portal ini.
Bukan kelas Matematik yang biasa
Beri peluang untuk anak anda merasai pengalaman bersama kami. Teruskan sokongan anda terhadap anak anda dengan klik link dibawah.
Sistem sokongan matematik anak anda
by The Hariris International