Site Loader

shutterstock_188552942

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca,

Jika anak anda lemah dalam pelajaran dan selalu mendapat keputusan yang lemah. Jangan terus menekannya tetapi anda harus memberi motivasi kepada mereka menjadikan kegagalan itu bukan satu pengakhiran tetapi sesuatu permulaan.

Perhatian dan kasih sayang anda adalah tonik rohani menjadikan anak anda seorang yang berjaya, sentiasa memberi perhatian terhadap pelajarannya dan berilah satu ruang masa untuk anda bersama anak anda. Jadilah guru yang terbaik untuk anak anda walaupun hanya sejam,fahamilah kelemahan dan kekuatan anak anda.

Gunakanlah kata-kata pujian untuk motivasi anak anda walaupun sedikit peningkatanya kerana anak akan merasakan diri mereka dihargai. Jadikan diri anda pendengar yang baik ,kerana ia menjadikan anak anda merasa selesa berbual dan bercerita disamping anda,dari situ anda tahu banyak perkara tentang anak anda yang sebelum ini anda pun tidak sedar.

Dari situ anda tahu apakah minatnya ,siapa kawan karibnya, rancangan kegemaranya, cita-citanya dan dari situ juga secara tidak langsung kita tahu prestasi pelajaran anak anda.

Bersambung di bahagian II…

Post Author: syoknyahometuition