Site Loader

Screen shot 2011-03-29 at 12.06.50 PM

Bagi mendalami Bahasa Inggeris, isu yang selalu dihadapi oleh para pelajar adalah berkenaan ‘vocabulary’ atau kosa kata. Bagi membina ayat yang lebih menarik dan variasi, kekuatan kosa kata memainkan peranan penting. Jadi, bagaimana kita boleh membantu para pelajar bagi menambah baik dalam penguasaan kosa kata?

Salah satu cara yang berkesan dan menyeronokkan ialah dengan permainan ‘word chain’. ‘Word chain’ ini sedikit berbeza dengan ‘word chain’ yang biasa namun objektifnya tetap sama iaitu membantu membanyakkan kosa kata. Bagaimana untuk bermain word chain ini? Begini…

Perlu ada 2 pemain (contoh: tutor dan pelajar). Tentukan samada permainan ini akan menggunakan Nouns (kata nama) atau Verbs (kata kerja). Kemudian, tentukan siapa yang akan mulakan dahulu (Lebih seronok jika tentukan dengan cara ossom! ).

Permainan bermula! Pemain pertama akan menyebut, mengeja dan menulis (bagi membantu pelajar untuk spelling) perkataan pilihannya. Setelah selesai, pemain kedua perlu menyambung dengan perkataan lain. Perkataan lain itu perlu dimulakan dengan huruf terakhir pemain pertama tadi.

Sebagai contoh. Pemain pertama: whale, w-h-a-l-e. Huruf terakhir dari perkataan whale ialah ‘e’. Jadi pemain kedua perlu mulakan perkataan dengan ‘e’. Pemain kedua: effigy, e-f-f-i-g-y. Begitulah seterusnya. Bagaimana pemenang ditentukan? Pemain yang melebihi 10 saat untuk menyebut perkataan baru dianggap kalah untuk pusingan itu. Kemudian teruskanlah sehingga seberapa pusingan yang dikehendaki. 

~Like, Comment & Share

Post Author: syoknyahometuition