
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tatkala melihat pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang, kita pasti terfikir apa yang dilakukan oleh mereka ini setiap hari? Apa yang membuatkan mereka berjaya memperolehi keputusan yang membanggakan? Sedangkan mereka berada disekolah yang sama dengan pelajar-pelajar lain. Mungkin petua yang dikongsikan ini boleh membantu mereka yang ingin menjadi pelajar cemerlang lagi hebat!
Ayuh lakukan ini:
1. Ulangkaji pada awal pagi
Mengulangkaji pelajaran di awal pagi adalah lebih efektif berbanding waktu-waktu lain. Suasana yang sunyi dan udara yang nyaman amat membantu dalam penyerapan input. Cubalah bangun awal pagi, mandi, solat tahajud bagi yang beragama Islam dan kemudian mulakan menelaah!
2. Berkongsi ilmu dengan kawan-kawan
Petua ini amat berkesan! Ajarkan sahaja ilmu-ilmu yang telah dikuasai kepada kawan-kawan. Jangan pula berasa bimbang kawan-kawan akan lebih berjaya. Anda akan lebih memahami sesuatu topik itu selepas perkara itu diajarkan kepada kawan-kawan. Cuba ya!
3. Buat nota yang mudah dibawa
Kadangkala, ada masa terluang yang kita tak tahu hendak diisi dengan apa. Jadi, apakata buat nota ringkas yang kecil dan boleh disimpan didalam poket. Bacalah nota-nota ini semasa waktu terluang. Daripada membuang masa, lebih baik masa itu dimanfaatkan dengan membaca kan! Biarpun ringkas, jika dilakukan kerap pasti membantu!
4. Mencuba soalan-soalan tahun sebelumnya
Mencuba soalan-soalan past year question adalah amat membantu untuk kita memahami bentuk soalan yang kerap muncul dalam soalan peperiksaan. Mencuba soalan-soalan ini bermula dari awal tahun adalah amat baik. Mencuba soalan-soalan ini juga akan sedikit sebanyak memberikan perasaan menduduki peperiksaan kepada diri pelajar.
5. Berjumpa guru apabila tidak memahami sesuatu topik
Setelah mencuba dan bertanya kawan-kawan soalan-soalan yang tidak difahami tetapi masih tidak mendapat jawapan, teruslah rujuk kepada guru. Usah biarkan topik itu kekal menjadi persoalan. Manalah tahu, semasa berjumpa guru, guru berikan tips extra kepada anda. Kan untung!
Share jika bermanfaat.
Berminat untuk mendaftar dengan syoknyaHomeTuition.
Ayuh daftar segera disini. —–> https://akademisyoknya.com/pendaftaran-pelajar/