Site Loader

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

 

Seringkali kita dengar, untuk fasih berbahasa inggeris adalah satu perkara yang sukar. Ubah kembali mindset anda! Kerana ada cara yang mudah dan menyeronokkan untuk kita fasih berbahasa inggeris. Lihat perkongsian ini:

5 tips fasih berbahasa inggeris

Tips 1: Baca buku bahasa inggeris

Mulakan dengan membaca buku cerita bahasa inggeris yang nipis dahulu. Contohnya buku cerita bergambar kanak-kanak. Anda mungkin akan menjumpai perkataan-perkataan baru bagi anda. Dari masa ke semasa, beralihlah kepada buku cerita bahasa inggeris yang lebih tebal.

Tips 2: Dengar lagu bahasa inggeris

Ini sangat seronok! Pilih lagu-lagu mengikut kegemaran anda (Pilihlah lagu yang ada pengaruh positif). Kemudian google lirik lagu tersebut. Download kedalam peranti anda atau print terus, lagi baik! Kemudian mulalah mendengar dan menyanyi dengan lirik ditangan. Gunakan kamus apabila ada perkataan yang tidak difahami.

Tips 3: Baca subtitle bahasa inggeris ketika menonton TV atau DVD

Apabila menonton drama atau filem yang berbahasa inggeris, adakalanya sukar untuk memahami loghat sebutan para pelakon. Bacalah subtitle ketika menonton drama dan filem yang berbahasa inggeris. Anda boleh melihat bagaimana mereka menyebut perkataan-perkataan dalam loghat atau accent yang berbeza.

Tips 4: Tonton tayangan kartun yang berbahasa inggeris

Kartun sememangnya satu rancangan yang digemari atas faktor kelucuannya. Tonton kartun-kartun kegemaran anda dalam bahasa inggeris. Lama kelamaan anda akan terbiasa dan akan dapat memahami apa yang dikatakan dengan lebih mudah.

Tips 5: Bercakap dengan kawan-kawan dalam bahasa inggeris

Segala usaha untuk fasih dalam bahasa inggeris akan jadi sia-sia jika ilmu yang diperolehi tidak dipraktikkan. Bercakaplah dengan kawan-kawan dengan menggunakan bahasa inggeris. Mulakan dengan susunan ayat yang ringkas dahulu. Kemudian dari masa ke semasa upgrade kan kepada ayat-ayat yang lebih kompleks.

Post Author: syoknyahometuition