Site Loader
0.-cover5 Tips Menghafal Dengan Mudah & Menyeronokkan!
1.-page11. Buat ulangkaji dan bacaan topik yang ingin dihafal dan pastikan anda memahami apa yang dibaca. Ini akan membantu proses penghafalan menjadi lebih lancar.
2.-page2
2. Rekodkan audio topik yang telah anda baca dan fahami tadi. Anda boleh menggunakan mp3 player atau telefon bimbit yang mempunyai fungsi merakam audio. Rakam dengan suara anda sendiri.
3.-page3
3. Buat nota-nota ringkas berdasarkan pemahaman anda. Buat nota dalam saiz poket supaya mudah dibawa kemana saja. Apabila ada masa terluang walaupun hanya 5 minit, anda boleh membaca semula nota ringkas ini. Yang paling penting, pastikan anda telah memahami perkara yang betul ya!
4.-page4
4. Dengar rakaman audio tadi secara kerap dan berulang kali. Apabila ada masa terluang, anda boleh memainkan dan mendengar semula rakaman audio tadi. Anda tak perlu bimbang jika anda berada dalam keadaan yang gelap dan tidak dapat membaca, contohnya di dalam kereta pada waktu malam, anda boleh mendengar audio tadi!
5.-page5
5. Kongsi dan ajarkan kepada kawan-kawan anda apa yang telah anda fahami. Berkongsi selalu membawa kebaikan termasuklah didalam hal berkongsi ilmu. Apabila anda sudah faham sesuatu topik, ajar kawan-kawan pula. Hasilnya, anda akan semakin faham dan kawan-kawan juga akan sukakan anda! Jika anda tidak begitu faham topik itu pun, anda masih boleh ajar kawan-kawan, nanti anda akan semakin faham.
.
SELAMAT MENCUBA! SHARE UNTUK KEBAIKAN BERSAMA YA.
.
.
Ada sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan syoknyaHomeTuition?
Klik untuk terus whatsapp 
.
–> https://www.wasap.my/60183170988/syoknyahometuition (Selangor/KL/Putrajaya/Sekitar)

Post Author: syoknyahometuition