Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca,
Kita sambung kembali perihal ANAK CERMINAN IBU BAPA bahagian II. Sebagai ibu dan bapa kita seakan-akan tahu akan sikap dan tingkah laku anak kita,ini kerana mereka melambangkan sahsiah dan peribadi kita. Secara tidak langsung kita dapat meneka dan memahami akan tahap daya pemikiran kebolehan yang ada pada anak kita termasuklah pelajaran dan pembelajaranya.
Carilah ruang masa untuk memahami mereka, nanti kita akan temui potensi diri mereka yang tersembunyi dari kaca mata kita. Tuhan kurniakan setiap anak itu mempunyai kebolehan, jangan pandang rendah akan anak kita kerana mereka istimewa sebenarnya. Sebagai ibu dan bapa kita memang inginkan anak yang terbaik dalam pelajaran dan juga kehidupanya, tetapi anak kita tidak lari juga dihimpit akn kelemahan diri termasuk pelajaran.
Ibu bapa adalah tempat ia bergantung harap apabila menghadapi masalah,jadilah wira pada anak anda dengan melakukan sebaik yang mungkin untuk menjadikan anak kita menjadi seorang yang berjaya, kita galakan mereka hadiri pelbagai program motovasi dan mengaturkan kelas tambahan secara personal atau berkumpulan.
Selalu berkomunikasi dengan anak anda,jangan marah sekiranya anak anda banyak bertanya kerana ia secara tak langsung melatih otak anak anda untuk berfikir dan mengajar dia berinteraksi dengan baik. Percayalah jika anak anda sering berkomunikasi dengan anda ia memberi tanda bahawa anak anda selesa dan percaya akan anda….
Bersambung di bahagian III