Site Loader

Peranti seperti Tablet dan telefon pintar bukan perkara baru lagi untu anak-anak hari ini, bahkan ada ibubapa yang menganggap ia sebagai keperluan. Setiap perkara pasti ada sisi positif dan negatifnya. Kesan yang dapat diperhatikan:

  • Anak-anak menjadi pasif.

Anak-anak yang cenderung dengan ‘gadget’ dilihat pasif baik dari segi pertuturan dan aktiviti fizikal. Mereka lebih cenderung untuk melihat skrin ‘gadget’ daripada melakukan aktiviti fizikal dan bermain bersama rakan-rakan sebaya. Ini juga boleh membawa kepada masalah obesiti dikalangan kanak-kanak! Ops tidakk!

kid-with-tablet

  • Masalah komunikasi

Seringkali kita dapat melihat situasi di kedai-kedai makan dan restoran, anak-anak dan ibubapa melayan peranti masing-masing. Anak-anak dengan ‘game’ dan kartunnya, manakala ibubapa dengan ‘whatsapp’, ‘facebook’ dan sebagainya. Perkara ini boleh membawa kepada masalah kepada emosi anak-anak kerana kurangnya ‘quality time’.

t1larg.blanco_bullies

  • Gangguan tidur

Bukan sahaja cahaya dari peranti yang boleh menganggu tidur dan menganggu kesihatan, anak-anak akan rasa lesu, tidak bersemangat dan kurang tumpuan untuk menjalani hari esok. Menurut American Academy of Pediatrics, sangat disarankan agar anak berusia di bawah 2 tahun tidak diberikan “screen time” dari peranti elektronik kerana boleh mengakibatkan gangguan tidur dan keterlambatan pertuturan.

eb6d667cbb2063ff5c2a29acd4f43724

Jadi, adakah ‘gadget’ hanya membawa keburukan semata-mata? Tidak! Setiap perkara jika dikekalkan dalam keadaan sederhana pasti ada kebaikannya. Ibubapa dan keluarga memainkan peranan untuk positifnya sesuatu perkara. Tetapkanlah had masa untuk anak-anak dengan peranti mereka dan bertegaslah dengan had masa itu. Anak-anak pasti akan merengek untuk terus diizinkan melayan perantinya untuk jangka masa lebih lama. Namun, pastinya ibubapa tahu bagaimana nak ‘tackle’ anak-anak kan. InsyaAllah.

Share artikel ini jika bermanfaat buat anda

Post Author: syoknyahometuition