1. Apa itu “Home Tuition”?

Home Tuition ialah revolusi daripada tuisyen tradisional (tuisyen di pusat tuisyen). Dengan Home Tuition, tenaga pengajar/tutor akan ke rumah Tuan/Puan untuk sesi tuisyen itu.

2. Apakah perbezaan “1 to 1 Coaching” dan “Small Group Tuition”?

  • 1 to 1 Coaching – Tuisyen yang melibatkan SEORANG PELAJAR u0026amp; SEORANG TUTOR.
  • Small Group Tuition – Tuisyen yang melibatkan 2 ATAU 3 ORANG PELAJAR u0026amp; SEORANG TUTOR.

3. Perkhidmatan Home Tuition ini untuk darjah/tingkatan berapa?

“1 to 1 Coaching” dan “Small Group Tuition” disediakan untuk semua peringkat termasuk pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan peringkat dewasa. 

4. Siapakah tenaga pengajar yang terlibat?

Tutor yang terlibat adalah daripada pelbagai latar belakang dengan minimum kelayakan ialah diploma. Tutor syoknya HomeTuition telah ditapis daripada ratusan permohonan dan telah ditemuduga. Sesi mock-teaching ketika temuduga banyak membantu kami untuk memilih tutor yang berkualiti khusus untuk anda!

5. Jika pelajar ingin menyertai syoknya HomeTuition ini bersama kawan-kawannya, adakah yuran akan berkurangan untuk setiap pelajar?

Penyertaan lebih dari seorang pelajar atau maksimum 3 orang pelajar dikelaskan sebagai “Small Group Tuition”. Ya, dengan Small Group Tuition, yuran setiap pelajar akan berkurang berbanding 1 to 1 Coaching.

6. Bolehkah small group tuition ini disertai lebih dari 3 orang pelajar?

Maksimum pelajar yang dicadangkan ialah 3 orang pelajar sahaja setiap kumpulan untuk mengekalkan fokus. 

7. Macam mana kiraan yuran untuk Home Tuition?

Kiraan yuran untuk “1 to 1 Coaching” dan “Small Group Tuition” ialah secara PER HOUR dengan minimum 1 jam seminggu.  Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pengurus syoknyaHomeTuition yang berdekatan.

8. Yuran perlu dibayar setiap kali selepas tamat sesi pembelajaran atau secara bulanan?

Yuran perlu dijelaskan secara bulanan sebelum 7hb setiap bulan. Yuran tersebut juga perlulah diserahkan terus kepada pihak syoknya HomeTuition dan BUKAN kepada tutor yang mengajar.

9. Bagaimanakah caranya untuk menyertai syoknya HomeTuition?

Untuk menyertai syoknya HomeTuition, Tuan/Puan bolehlah menghubungi terus Pengurus syoknyaHomeTuition berdekatan atau boleh mengisi borang INI. Pihak syoknya HomeTuition akan menghubungi anda dalam masa 48 jam.

10. Saya berminat untuk menjadi sebahagian daripada tenaga pengajar/tutor syoknya HomeTuition.  Bagaimanakah cara untuk memohon?

Tuan/Puan boleh merujuk dan memohon DISINI. Tuan/Puan akan dihubungi untuk sesi temuduga jika permohonan Tuan/Puan melepasi proses penapisan awal. Semoga Berjaya!

 SEBARANG PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI KAMI!