Site Loader

Berbagai cara yang digunakan dalam mendidik anak. Disini di lampirkan serba sedikit tips dan cara yang dapat membantu kita ibu bapa  dalam mendidik anak kita dari segi rohani dan jasmani. Semoga ia dapat membantu , mari kita berkongsi bersama-sama.

Happy-Baby-Laughing-Picture1

  1. SELALU BERGURAU DAN KETAWA BERSAMA ANAK

Anak kita semasa kecil sifatnya yang aktif dan suka melakukan aktiviti dengan suasana yang riang dan ceria.Sebagai ibu bapa kitalah bertanggungjawab dalam membina jambatan rohaniah dengan anak, melakukan aktiviti dan mendidik anak dalam suasana ceria, bergurau dan diselangi gelak tawa bersama. Ini menjadikan mereka rasa sungguh bahagia bersama kita. Kerana bergurau dan ketawa bersama dapat membantu hubungan keluarga dan sesama manusia amnya.

 

a9357d1ad4d63849_42-60412029.xxxlarge_2x

         2. SENTIASA BERSABAR DAN BERFIKIRAN POSITIF

Kita sebagai ibu bapa janganlah menegur dan mendidik anak kita dengan melontarkan perasaan geram dan marah dihadapan anak kita. Jika mereka selalu dilayan dan dikasari dari segi mental dan fizikal secara tidak langsung meracuni minda mereka dengan perihal negatif. Tambahan lagi,jika mereka mengalami layanan kasar yang sama ketika di rumah pengasuh yang paling merisaukan jika anak kita berumur seawal 5 tahun . Akhirnya ia akan tersimpan dan mendidik dirinya menjadi seorang yang kasar dan agresif apabila dewasa kelak. Setakat ini dahulu dan kita akan berjumpa sesi yang lain semoga dengan tips ini dapat membantu kita sebagai ibu bapa dalam mendidik anak kita pintar dan baik.

Post Author: syoknyahometuition