Site Loader

kids1

JANGAN bandingkan anak- anak/pelajar dengan ORANG LAIN. Impaknya adalah sangat buruk. Keyakinan diri individu tersebut akan jatuh dan jatuh. Hubungan antara individu tersebut dengan ibubapa/guru juga akan menjadi semakin jauh.

TIDAK MENGAPA jika membandingkan diri anak-anak/pelajar dengan DIRI MEREKA SENDIRI. Impaknya, mereka akan percaya diri mereka mempunyai potensi.

Mari kita lihat contoh perbualan ini….

 

Situasi 1:

Ibubapa: Mana keputusan ujian matematik baru-baru ni?

Anak: (Dengan seramnya) Ini dia ibu/abah.

Ibubapa: La.. ni apa ni?! Teruknya keputusan! Soalan senang je. Ni kalau abang kau dah tentu A. Cubala kau contohi abang kau tu! Ni tak!! Asyik … $#&*^##*€€* (dialog ini ditapis untuk mengelakkan kebosanan pembaca )

Anak: Sikit-sikit abang. Macam la abang tu bagus sangat! (Dalam hati je…)

 

Situasi 2:

Ibubapa: Mana keputusan ujian matematik baru-baru ni?

Anak: (Dengan seramnya) Ini dia ibu/abah.

Ibubapa: Alhamdulillah. Adik lulus. Tahniah adik.

Anak: Eh, biar betul ibu abah aku ni, sikit lagi nak gagal tu… (Dalam hati)

Ibubapa: Semasa darjah 4, adik dapat A matematik kan. Ibu dan abah yakin adik boleh dapat keputusan macam dulu. Adik tak gagal, cuma belum berjaya ya.

Anak: Okay ibu, ayah. Adik akan usaha lagi! (Penuh semangat!)

 

Jom semua! Kita dorong anak-anak kita jadi orang positif, berkeyakinan dan cemerlang. InsyaAllah.

Post Author: syoknyahometuition