Salam sejahtera semua, bertemu kita kembali diruangan ini,seperti mana kita maklum sebelum ini kita berkongsi 2 tips dan maklumat dalam mendidik anak menjadi pintar dan baik. Jadi kita sambung kembali perkongsian 2 tips lagi dalam ruangan ini,semoga ai dapat membantu kita sebagai ibubapa dalam melahirkan anak-anak pintar dan baik.
3. Didik dan latih anak berdikari
Bukan niat kita sebagai ibubapa untuk menyusahkan anak-anak, tetapi tujuan mendidik anak kita sebagai seorang
yang boleh berdikari dengan berusaha dengan kudrat sendiri. Didik anak berkomunikasi dan latih dalam membuat
kerja-kerja yang boleh memberi kredit terhadap integriti dan perkembangan fikiran mereka. Contoh membiarkan
anak membeli makanan sendiri atau melakukan kerja-kerja rumah ,ibubapa hanya memberi panduan
dan perhatikan dari jauh sahaja.
4. Didik anak dengan sifat simpati pada orang lain.
Sifat murni ini amat penting dalam membina sahsiah yang baik dalam membentuk anak kita sebagai orang yang
berjaya kelak. Didik anak kita akan rasa simpati atas kesusahan orang lain supaya mereka dapat merasakan erti
kesusahan mata hati mereka. Jika ada orang meminta sedekah, ajar anak kita bersifat pemurah dengan memberi
bantuan atau sedekah kepada mereka setidak-tidaknya RM 1. Mungkin nilainya tidak sebesar mana tetapi ia akan
memberi kesan jangka panjang yang amat mendalam.
Sekian untuk perkongsian kita masa ini,kita akan bertemu kembali pada sesi akan datang. Kami mendoakan agar kita semua berjaya menjadi ibubapa yang cemerlang dan seterusnya melahirkan anak-anak yang pintar dan baik.