Site Loader

Salam sejahtera ibu bapa cemerlang bertemu kita kembali diruangan ini, seperti maklum kita sambung kembali perkongsian kita yang lalu dalam mendidik anak menjadi pintar dan baik. Kali ini kami lampirkan 2 tips lagi untuk tatapan para ibu bapa moga-moga ia dapat membantu dalam menjadikan anak anda insan yang cemerlang.

 

 

563018-bs-parents

 

5. Hindar bergaduh dihadapan anak.

Sebagai ibubapa perkara ini perlu di ambil berat,ini kerana idola anak semasa kecil adalah ibubapa mereka sendiri.

Jangan calar dan cemarkan rasa bangga mereka terhadap kita sebagai ibubapa akibat kerana sifat kita yang suka

bergaduh,memaki hamun dan mencaci pasangan di hadapanya. Secara tidak langsung ia akan memberi impak

psikologi yang cukup hebat keatas keperibadian anak kita kelak. Ia akan membuatkan anak kita rasa runsing, tidak

tenteram dan emosi tidak stabil. Jika ada ketika  kita suami isteri terjadinya bergaduh dan bertekak, carilah tempat

dan ruang yang terpencil atau jauh daripada anak-anak, janganlah libatkan mereka dalam permasalahan kita.

 

family-exercising2

 

6. Hindar tekanan dan jaga kesihatan

Permasalahan dalam menghadapi stress sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan kita pada zaman sekarang.

Permasalahan ini mungkin disebabkan datangnya dalam kerja di pejabat atau datangnya kesibukan kerja dirumah.

Cuba elakkan stress itu di tunjukakan di hadapan anak.. Didik mereka dan layan mereka dengan kasih sayang,secara

tidak langsung dapat mengurangkan tekanan yang kita hadapi sekarang. Jika kita tidak dapat menguruskan stress

dengan baik, akhirnya anak kita juga rasa tempiasnya kerana layanan ketika stress amat berlaianan ketika kita

bukan di dalam stress.

 

Setakat ini dahulu perkongsian ini dan kita akan berjumpa sesi yang lain semoga dengan tips ini dapat membantu kita sebagai ibu bapa cemerlang dalam mendidik anak kita pintar dan baik.

Post Author: syoknyahometuition