
Hai. Percaya atau tidak, pujian boleh membina atau meruntuhkan diri seseorang individu. Ya! Meruntuhkan jika tidak kena cara pujiannya. Kami akan kongsikan bagaimana teknik memuji yang lebih sesuai untuk pelajar dan sesiapa sahaja. Diharapkan selepas pembacaan ini, pembaca boleh aplikasikan dan share dengan keluarga dan kawan-kawan ya!
Sila rujuk gambar dibawah…
Langkah pertama – Cari kebaikan pelajar. Apa-apa sahaja kebaikan biarpun nampak remeh. Langkah pertama ini secara tak langsung mengajar kita memandang positif kepada mana-mana pelajar.
Langkah kedua – Pilih satu kebaikan sahaja.
Contoh: Tulisan pelajar cantik dan kemas.
Langkah ketiga – Yang perlu dipuji ialah USAHA, PENCAPAIAN, TEKNIK, SIKAP pelajar. BUKAN diri pelajar itu.
Contoh: Jalan pengiraan kamu betul, hafalan sifir kamu sangat baik. (BETUL)
Contoh: Kamu baik, kamu rajin, kamu pandai. (SALAH)
Langkah keempat – Sebutkan impak daripada perkara itu.
Contoh: Kalau macam ini, kamu pasti dapat jawab peperiksaan dengan baik.
Contoh ayat pujian penuh
Wah! Cantik dan kemas tulisan Alisa. Kalau macam ini mudahlah cikgu nak semak latihan-latihan Alisa nanti.
Kesan teknik ini:
- Keyakinan pelajar akan bertambah.
- Pelajar rasa dihargai kerana usahanya yang kecil pun mendapat perhatian. Selalunya kita abaikan usaha yang kita rasa remeh.
- Pelajar tidak merasa sombong dan bangga diri.
- Pelajar akan berasa lebih bersemangat dan seronok untuk belajar.
Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada pelajar, guru-guru, ibubapa dan semua. Jumpa lagi!
Ini adalah salah satu teknik yang digunakan oleh tutor-tutor syoknyaHomeTuition. Kesannya adalah amat baik. Berminat untuk mendaftar? Boleh isikan borang pra-pendaftaran di —–> https://akademisyoknya.com/pendaftaran-pelajar/