Site Loader

Ep 4

Perbandingan Itu Menyakitkan

Tujuan setiap ibubapa dalam menegur adalah sama iaitu untuk menambah baik sikap, prestasi atau lain-lain perkara dalam diri anak. Namun, sebagai manusia biasa kita seringkali melakukan perbandingan antara si anak dan adik beradik yang lain atau orang lain.

Membanding-banding seseorang dengan orang lain bukanlah pilihan yang baik. Kepada yang dibanding kerana kehebatannya boleh berbangga dan mendabik dada namun kepada individu yang dilihat lebih lemah atau kurang baik bagaimana pula impaknya? Kesan yang boleh dilihat hasil daripada membanding-banding adalah:

  • Anak akan menjadi ragu-ragu dengan kebolehan dirinya

Setelah dibanding beza dengan orang lain, individu tersebut akan mempunyai pertanyaan dalam dirinya samada dirinya mampu untuk berubah dan berjaya. Sebagai ibubapa, kita perlu mendorong anak-anak untuk menjadi dirinya yang lebih baik setiap hari bukan menjadi lebih baik dari orang lain.

 

  • Cemburu

Pastinya timbul rasa iri hati terhadap orang yang dibanding dengan dirinya itu. Perasaan cemburu akibat daripada dibanding-banding bukanlah suatu perkara yang positif. Perasaan cemburu ini boleh berubah menjadi kebencian dan seterusnya boleh pula berubah kepada kekasaran.

 

  • Merosakkan hubungan ibubapa dan anak tersebut

Biarpun tindakan ibubapa bertujuan positif, namun negatif mungkin akan menjadi hasilnya. Sebagai anak-anak yang belum matang, perasaan anak sangat rapuh. Oleh itu, mereka tidak mampu melihat tujuan sebenar perbuatan ibubapa. Mereka akan merasakan ibubapa tidak menyayanginya.

Jom kita sama-sama ubah cara dalam mendorong anak. Pasti ada cara lebih baik untuk menegur anak dan membuat anak berfikir dan sedar dan seterusnya berubah 

~Like, Comment & Share

Post Author: syoknyahometuition