Site Loader

Ep 3

Gembiranya rasa hati apabila mengetahui anak kesayangan memperolehi keputusan cemerlang dalam pelajarannya. Naluri ibubapa selalunya ingin menghadiahkan sesuatu kepada anak itu sebagai tanda penghargaan ataupun ‘rewards’.

Dalam keghairahan ibubapa ingin me‘rewards’ anak-anak ada baiknya difikirkan sedalam-dalamnya apakah bentuk hadiah yang akan diberikan. Ada hadiah yang boleh membina, namun ada juga hadiah yang dikhuatiri boleh merosakkan.

Hadiah yang diberikan biarlah mampu membina diri anak secara mental dan fizikal. Pasti ibubapa tidak mahu anak-anak menjadi pasif dan kurang bergaul kerana hadiah yang diberikan bukan? Kartun diatas hanya sebagai contoh. Tidak salah untuk memberi hadiah seperti itu tetapi biar ada perancangan dari sudut pemasaan dan perkara yang dilayari. 

~Like, Comment & Share

Post Author: syoknyahometuition